Rabu, 30 November 2011

SELAMAT DATANG KE TASKA PERMATA ALAM

Assalamualaikum........hai diam tak diam, rupa-rupanya setahun sudah berlalu... Alhamdulillah dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kami.

Akhirnya dengan izin dan anugerah dari Allah swt, kami akan membuka 2 cawangan taska secara serentak pada Disember 2011. Yang pertama di Sari Ilham, Alam Sari, Kajang dan yang kedua di Bukit Mahkota. Tak sangka dengan dugaan yang di hadapi sepanjang tahun ini, rupa-rupanya adalah rahmat untuk kejayaan kami membuka 2 cawangan secara serentak.

Terima kasih yang tak terhingga untuk semua yang telah membantu saya dalam usia setahun jagung ini. Terutama ibu, suami, anak-anak serta adik beradik dan tak lupa juga untuk semua ibu bapa yang menghantar anak-anak di Permata Alam. Atas dasar kepercayaan dari merekalah maka Permata Alam terus berdiri teguh, walau ada tiupan angin yang kencang, yang meniup di setiap penjuru tadika ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan untuk arwah abah yang tidak sempat melihat kejayaaan anaknya ini. Namun dengan doa yang tidak putus-putus sentiasa mengiringi ucapan terima kasih ku ini.

TERIMA KASIH  & SELAMAT DATANG UNTUK PENGHUNI BARU DI TADIKA DAN TASKA PERMATA ALAM 2012.

Rabu, 5 Oktober 2011

PENDAFTARAN TADIKA PERMATA ALAM 2012 KINI DIBUKA

TADIKA PERMATA ALAM002026041-V
Kids Academy


KURIKULUM:

  • BAHASA MELAYU
  • BAHASA INGGERIS
  • MATEMATIK
  • SAINS & TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN ISLAM & KEROHANIAN
  • SENI & ESTETIKA

OPTINAL

  • KELAS RENANG
  • KELAS MANDARIN
  • KELAS MENGAJI AL-QURAN

BERDASARKAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


SILA HUBUNGI : TEACHER ZIELA
                             
                              NO.2, JALAN SARI ILMIA 1/2,
                              ALAM SARI,
                              43000 KAJANG, SELANGOR
                             
                             012-9252115 / 019-2469162

Sabtu, 16 Julai 2011

Tadika Permata Alam

PENGENALAN

Tadika Permata Alam telah ditubuhkan pada 1 Januari 2011. Di naungi oleh Puan Nor Zilawati, iaitu seorang guru tadika yang telah berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak selama 7 tahun. Beliau merupakan bekas graduan Ijazah Sarjanamuda dalam bidang Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tadika Permata Alam terletak di Alam Sari, Bangi berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tadika Permata Alam merupakan salah sebuah Taman Didikan Kanak-kanak swasta yang telah di daftarkan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan merupakan salah sebuah prasekolah semi kerajaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan PPD Hulu Langat.

KURIKULUM

Kurikulum yang digunakan oleh Tadika Permata Alam adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kurikulum yang di guna pakai di tadika ini adalah sama dengan yang di guna pakai di prasekolah kerajaan yang sedia ada. Semua kurikulum dan aktiviti yang dijalankan di tadika ini adalah di pantau oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Terdapat kesinambungan diantara KSPK untuk kurikulum prasekolah dengan KSSR untuk kurikulum sekolah rendah.

AKTIVITI

Aktiviti yang dijalankan di Tadika Permata Alam adalah lebih mencakupi 5 tunjang yang di perlukan oleh kanak-kanak di bawah usia 6 tahun. Ia mencakupi perkembangan Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Melalui 5 tunjang inilah yang akan membentuk peribadi seseorang kanak-kanak untuk melangkah ke masa hadapan. Aktiviti yang dijalankan di Tadika Permata Alam adalah menggunakan bahan-bahan dan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak menonjolkan bakat dan memberi mereka lebih pengalaman untuk menempuhi masa akan datang.

Terbahagi kepada 3 kumpulan kanak-kanak iaitu 4, 5 dan 6 tahun yang di letakkan berasingan dalam setiap kelas. Kanak-kanak akan belajar mengikut perkembangan masing-masing.
Waktu Operasi : 8.00 pagi - 12.00 tengahari (sesi pagi)
                          1.00 petang -5 petang (sesi petang)
Jumlah kanak-kanak bagi setiap sesi adalah antara 35 hingga 40 orang.