PENGENALAN
Tadika Permata Alam telah ditubuhkan pada 1 Januari 2011. Di naungi oleh Puan Nor Zilawati, iaitu seorang guru tadika yang telah berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak selama 7 tahun. Beliau merupakan bekas graduan Ijazah Sarjanamuda dalam bidang Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tadika Permata Alam terletak di Alam Sari, Bangi berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tadika Permata Alam merupakan salah sebuah Taman Didikan Kanak-kanak swasta yang telah di daftarkan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan merupakan salah sebuah prasekolah semi kerajaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan PPD Hulu Langat.
KURIKULUM
Kurikulum yang digunakan oleh Tadika Permata Alam adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kurikulum yang di guna pakai di tadika ini adalah sama dengan yang di guna pakai di prasekolah kerajaan yang sedia ada. Semua kurikulum dan aktiviti yang dijalankan di tadika ini adalah di pantau oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Terdapat kesinambungan diantara KSPK untuk kurikulum prasekolah dengan KSSR untuk kurikulum sekolah rendah.
AKTIVITI
Aktiviti yang dijalankan di Tadika Permata Alam adalah lebih mencakupi 5 tunjang yang di perlukan oleh kanak-kanak di bawah usia 6 tahun. Ia mencakupi perkembangan Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Melalui 5 tunjang inilah yang akan membentuk peribadi seseorang kanak-kanak untuk melangkah ke masa hadapan. Aktiviti yang dijalankan di Tadika Permata Alam adalah menggunakan bahan-bahan dan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak menonjolkan bakat dan memberi mereka lebih pengalaman untuk menempuhi masa akan datang.
Terbahagi kepada 3 kumpulan kanak-kanak iaitu 4, 5 dan 6 tahun yang di letakkan berasingan dalam setiap kelas. Kanak-kanak akan belajar mengikut perkembangan masing-masing.
Waktu Operasi : 8.00 pagi - 12.00 tengahari (sesi pagi)
1.00 petang -5 petang (sesi petang)
Jumlah kanak-kanak bagi setiap sesi adalah antara 35 hingga 40 orang.